Selasa, 24 Mei 2011

Owen tak percaya rangkul kejuaraan bersama MU

before

after
Michael Owen..dulu aku kenal dia pow sebab dia berada 
di kelab Liverpool.. kelincahan dia sungguh memikat 
hati aku...
alangkah bahagia dia sekarang berada di kelab Manchester United
ha ha ha Ayat poyos la pulak...
bukan apa bace berita tadi ternampak pulak topic nie...

jom kita z0o0oming kit kisah owen nie
MANCHESTER – Michael Owen mengakui, dia tidak pernah terfikir akan merangkul kejuaraan Liga Perdana England bersama Manchester United ketika masih bergelar pemain Liverpool.
Owen menjaringkan 158 gol dalam 297 penampilan sepanjang bersama Liverpool, sebelum menyertai Real Madrid menerusi yuran perpindahan 8 juta pound (RM40 juta) pada 2004.
Dia kemudian berpindah ke Newcastle pada 2005 sebelum dibawa masuk oleh Alex Ferguson ke United menerusi perpindahan percuma pada 2009, namun sejak kehadiran penyerang muda Mexico di Old Trafford, musim panas lalu, Owen sekadar membuat 11 penampilan musim ini, dan kebanyakannya sebagai pemain gantian.
Begitupun, bekas penyerang England itu tetap gembira dengan kejayaan menjulang Liga Perdana buat kali pertama sekalipun bersama pasukan yang tidak pernah diduga selama ini. “Ya, ia sama sekali memberi satu perasaan hebat. Anda boleh mengharungi karier yang bagus tetapi ramai pemain terbaik yang tidak pernah merangkul trofi atau langsung tidak pernah menjuarai liga.
“Jadi, saya sangat bangga dan gembira dapat bermain bersama pemain-pemain terbaik di arena yang hebat dengan pengurus terbaik. Ia benar-benar membuka mata saya,’’ kata Owen.
Ketika ditanya apakah dia pernah terfikir untuk merangkul kejuaraan liga bersama United, ketika masih menyarung jersi Liverpool, Owen cuma berkata: “Beginilah, anda memang tidak akan percaya ini boleh berlaku, tetapi anda tidak tahu putaran hidup dan apa yang akan terjadi dalam karier anda.”
Menurut pemain berusia 32 tahun itu lagi, dia amat berbangga apabila mengetahui pengurus United mahu dia beraksi bersama gergasi bola sepak England itu. Ia adalah satu pengalaman hebat, dan dia menikmati setiap saat bersama kelab tersebut.
“Memenangi liga barangkali kemuncak kepada karier setiap pemain. Pada tahun pertama di Old Trafford, saya beraksi dalam jumlah perlawanan yang munasabah, saya mengharungi beberapa detik yang baik. Saya telah menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Liga dan menjaringkan hatrik di kancah Eropah, Liga Juara-Juara. Saya juga menjaringkan gol dalam perlawanan dua musuh berjiran (mengalahkan Manchester City), di mana semua orang akan mengingatinya.
“Jadi musim pertama memang menakjubkan, tetapi tahun ini saya tidak banyak beraksi - hanya 11 perlawanan Liga Perdana, namun itu sudah cukup untuk melayakkan anda menerima medal. Saya hampir melengkapkan karier sekarang, mungkin kalau saya dapat menang Liga Juara-Juara hujung minggu ini, ia akan lebih bererti,’’ kata Owen. – Agensi. sumber dari utusan

woooo sapa tak bangga kan dapat menjualang piala EPL
yea x?
tahniah owen..tahniah...
terus kan tingkatkan prestasi anda....


P/S: sowi la lama tak update so tak ade idea..bce je la yea...peace no war!!

Selasa, 10 Mei 2011

Satu Mata Lagi............

sumber dari berita harian

Giggs hambur pujian ke atas Javier jaring 20 gol dalam musim pertama bersama Red Devils

LONDON: Alex Ferguson menjulang Manchester United selaku 'barisan terbaik di England' selepas menyaksikan pasukannya itu sudah hampir pasti memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan merakamkan rekod kejayaan kali-19.
“Ia satu perasaan menakjubkan sekali untuk menjadi kelab paling berjaya di negara ini,” katanya dengan wajah ceria selepas Red Devils menewaskan pencabar terdekat, Chelsea 2-1 di Old Trafford, kelmarin.
Fergie kini ghairah mahu memburu gelaran peribadi ke-12 sejak mengambil alih tugasan selaku pengurus pasukan pada 1986.

Satu lagi koleksi trofi tambahan bakal menjadi miliknya andai menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menentang gergasi Sepanyol, Barcelona pada 28 Mei ini.

United kini hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan mahkota kejuaraan - sekali gus memintas Liverpool selaku pemenang paling prolifik sepanjang zaman.

Kelmarin, jaringan seawal minit pertama daripada Javier Hernandez dan tandukan Nemanja Vidic membantu pasukan menjarakkan diri kepada enam mata daripada Chelsea dengan baki dua perlawanan. - Agensi
Lagi berita Liga Perdana Inggeris, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran, hari ini

Isnin, 9 Mei 2011

Man United Vs Chelsea...


Finally.... Manchested United menang akhirnya...
dengan chelsea gol terpantas dari Hernandez..
You're My Heroo....
I tall u, i lap u so much..much..much...
good game United....
do the best....

Akhirnya akan menjuarai EPL buat kali ke 19
habis la liver Pink..
Maap yea perminat Liver Pink
Jadi Manchested United mula lakar sejarah untuk
menjuarai EPL kali ke 19
hahahahahaahahah

Aku apy bangat even tak tgk live malam tadi
tapi ade pelapor yang melaparkan kepada ku..
even pelapor nya berharap Man United
Kalah...
seeeeeeeeeeeeee
Akhirnya menang jugak...
he he he he...

BTW, good game Manchester United
kekal kan prestasi Elekan Kontroversi..
hahahahahaha

p/s:Manchester United hanya memerlukan 1 mata sahaja untuk menjuarai epl dengan baki 2 lagi perlawanan...
do the best United...
glory...glory...glory...



Jumaat, 6 Mei 2011

Aishiteru


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni ite mo
Kimi no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Wo..wo..wo..
Wo..wo..wo..a a ai aishiteru

Khamis, 5 Mei 2011

Man United iringi Barcelona ke final


Manchester United mengiringi Barcelona ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Schalke 04' pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

United mara ke final di Stadium Wembley pada 28 Mei ini dengan kemenangan agregat 6-1.
Gol pembukaan United hasil jaringan Antonio Valencia pada minit ke-26 diikuti Darren Gibson lima minit kemudian.
Gol Shalke pula dijaringkan oleh Jose Manuel Jurado pada minit ke-35.

Masuk separuh kedua, United menggandakan asakan dan memperoleh gol menerusi pemain Brazil, Anderson pada minit ke- 72 dan 76.

Menang besar Manchester United... Hopefully Man United teruskan kejayaan dan kemenagan... Menang...menang..menang dan terus menang....Glory Man United...Glory...Glory..... teruskan usaha anda dan kekal kan prestasi yang baek untuk terus menjadi juaran Liga2 Eropah dan EPL... Anda boleh melakukan dan mencatat sejarah baru di 2011.