Isnin, 28 Februari 2011

Akhirnya dapat jugak Hadiah dari Orang tersayang...


Hampir 3 migggu syusye berusia 25 tahun
akhirnya dapat jugak hadiah 
pada tahun ini..ingat dah tak dapat lagi dah
al-maklum la dah masuk alam dewasa
katakan yea tak?

celebrate makan dekad jeram medan ikan bakar
mmm memang best giler la...
tapi untuk n3 
kita tengok hadiah dulu ok...
jom kita tengok apa syusye dapat
untuk hadiah tahun ini...


tahun lepas dapat kek tapi tahun ini dapat kek kad je..
Btw dia tetap cute dan comel..
so sweeet...
tapi paling best syusye dapat jam la..
memang nak beli jam pow
tapi orang dah bagi jadi jimat la
wang kos nya...


bday girl tengah baca wasiat yang di sampaikan...
thank you ucuk...
lap u soooooooo much...
tak apa di maafkan coz kali nie lambat
untuk celebrate...


Ini la ucuk saya..
tapi rambut macam askar la pulak..
ha ha ha...
terima kasih ucuk
coz spend time untuk aweks kamu nie
ha ha ha ha....
untuk makan kita sambung next n3 ok...
chow...


P/S: Terima kasih Hadiah dan belanja makan...Sayang Kamu...
alamak terjiwang la pulak..

Jumaat, 25 Februari 2011

Makan Lagi...

Ish..ish....
sejak 2 menjak ini kerja aku
asyik makan je..
pas itu selera tajam pulak 2...

semalam aku makan apa ek?
jom kita layan gmbar..





Wah memang kenyang la layan big apple 
semalam sampai mkn malam pow
big apple...
memang layan giler la....
kalau tiap2 ari dapat makan big apple pow 
tak apa taw...
tak muak punya...
he he he he...

selepas membeli big apple semalam pergi round2 kat bawah
jadi ada orang belanja coklat...
2 2 coklat 2 orang belanja..
pergh murah rezeki aku semalam..
mekacih yea...

Anak- Anak Itu KuPu-KuPu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar  
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana  
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.  
 
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.  

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.  
 
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama
 
Barangsiapa   memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung  
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.  

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku  
cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulaakan  
disayangi."  

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan  
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia  
memerdekakan anak Nabi Ismail.  

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti?"  
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."  
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."  
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."  

Wallahualam bissawab
.    

P/S: SESIAPA YG BELUM KAHWIN TU CEPAT2 LA....KALAU TAK RUGI SEBAB TAK
DAPAT PAHALA TAMBAHAN ha ha ha...
 

Khamis, 24 Februari 2011

Masa Untuk Mengisi Perut

Semalam lepas balik kerja syusye
teman kawan pergi JJ dekat bukit tinggi
jauh jugak...
lepas itu jalan jem pulak tu..
tak sanggup la syusye..
he he he...
lepas selesai apa yang di hayati
masa untuk mengisi perut..
plan nak makan panas 
seperti tomyam dan telur dadar..
tapi di saat akhir berubah menu...
nak tahu syusye makan apa....
jom kita layan...
zzzzzzzzzzzzzzzzzz

mmmm


Pergh memang best la makan benda panas...
benda ni la syusye suka layan...
memang best dan terbaik woook..
tapi makan nie kena lah hati2..
kang tak pasal2 lidah melecur...
ha ha ha ha...
memang layan perut la...

selepas makan pergi pulak layan roti Lavender..
pergh memang best...
boleh geeeeeeeeeeeemook lah syusye...
asyik makan je...

Aku Mencintai Mu...Dont Leave Me...

kredit pic google
 
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini

Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…

Selasa, 22 Februari 2011

BIG TASTE!!

 Hari ini syusye nak share sedikit pasal malam tadi..
cerita bunyi macam ini...
syusye teringin sangat nak makan makanan westen..
ha ha ha nak jadi orang putih la kate kan..
jadi malam tadi pergi la dok cari tempat
yang best...
setelah buat keputusan dengan housmate
kitorang pilih kat erea seksyen 7 je..
haaa kan dekad...
jom kita layan gmbar...
jangan terkeliur ok...


rib-aye -sura pnya

Grilled Lamb-housmate pnya


jadi semua total adalah rm46 untuk makan dinner kita orang..
yang penting puas dapat jagak...
dah tidak mengidam lagi..
sampai sekarang rasa perut mengembek lagi..he he he

P/S: tempat ini seswai untuk pasangan @ suami isteri untuk makan.. sungguh romantik tempatnya..he he
kita orang makan kat luar je...
bintang 4 dari 5.
harga pow boleh tahan la tak ada la mahal sgt...

Isnin, 21 Februari 2011

Black Swan...


cerita yang sempat syusye layan hujung minggu...
jom kita terjah sipnosis cerita ini...

Seorang penari balet menang memimpin dalam "Swan Lake" dan sangat sesuai untuk peranan White Swan halus - Princess Odette - tetapi perlahan kehilangan fikirannya saat ia menjadi lebih dan lebih seperti kakak jahat Odette's, Odile, Black Swan. 
Swan Lake memerlukan seorang penari yang boleh bermain Swan Putih dengan kepolosan dan rahmat, dan Black Swan, yang mewakili tipu daya dan sensualitas.

untuk mengetahui lebih lanjut cerita ini sila hadirkan diri anda 
dipagawam ok...
tapi bagi syusye yang buta pasal penari ballet
jadi tengok macam kosong je..
ha ha ha....

boleh tahan la cerita ini..
tapi ada babak yang terlampau kit la..
jadi tidak seswai untuk tontonan keluarga...

senang cerita Natalie Potman memegang dua watak la,
jadi white swan dan black swan..
mase ini lah ada konflik dalaman
kerana terlalu opses untuk menghayati watak...
Akhirnya.....




 

Buang Lagi.....


Aduh... sangat la comey bayi yang dibuang...
setiap hari kita hampir baca berita tentang buan bayi kan?
aduh yai..dah la wat dosa
pas itu buang bayi tambah lagi dosa...
ish2..da pandai buat pandai lah tanggung..
nie tak buang bayi tak berdosa..
jadi pembunuh pulak...
ish..ish..ish...
Ya Allah Yang Tuhan ku...
elakkan kami dari melakukan perkara terkutuk..
lindung la kami...
takutnya...
series beb aku takut...
yea lah orang kata selagi belum kahwin
selagi itu la kebarangkalian benda ini boleh terjadi..
minta-minta la dijauhkan...

jom kita baca kisah kejam nie 
aku yang tengok pow hiba
tidak tahu la perasaan ibu sanggup buang darah daging sendiri.
Minta Allah dapat mengampun kan Hamba nya..

P/S: kepada ibu bapa bayi berkenaan moga2 kamu diberikan petunjuk untuk bertaubat, dari melakukan 1 dosa sekarang menjadi 2. Menjadi PEMBUNUH...

Ya Allah lindungi la Syusye dan kawan-kawan syusye
daripada sebaranga masiat dan
perkara terkutuk..
AMIN...

Jumaat, 18 Februari 2011

Kalau Tak Nak Jaga Jangan Jaga Ok...

 Pergh Pagi-pagi syusye dan tension...
urgh.. tension sebab baca paper hari ini..
geram betul sangat...
kalau engkau tak nak jaga jangan la jage beb..
kepada pengasuh syusye harap engkau kena
tindakan sewajar nya...
eeeeee geramnya..."ayat marah betul nie"
cuba engkau bayangkan kalau anak kau kena dera macam nie?
tak ada otak langsung la...
padahal mempunyai anak tak kan tak ada sifat keibuaan langsung..
kalau tak boleh jaga kau cakap la...
geram nya...
meh anak dia kita buat macam nie pulak...
jom kita layan sedekit kisah di atas...

KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.
“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.
Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

 sumber cerita dari metro


alahai sayu betul hati syusye melihat keadaan baby nie..
kita yang tgk dah sayu macam ne perasaan hati seorang 
ibu melihat anak berada dalam
keadaan macamnie...
syusye harap kepada ibu baby nie tabah dan banyak2 kan berdoa
semoga tabah ok...

P/S: kepada pengasuh yea..kalau tak nak jaga tak payah nak jage.. kau ingat baby yang di hantar itu anak patung? geram betul la...kpd ibu2 yang hantar anak kepada pengasuh hendak lah check anak anda selepa di pulangkan...



Khamis, 17 Februari 2011

Gila Lelaki Bini 2...

Dussssssssssssss...
apa la perempuan nie banyak2 laki laki berbini 2 
ko nak kojar nape?
taw la ko cinta tapi
aduh yai pikir la sendiri...
orang kahwin nak apy
tapi ko nak cari musibah....
dussssssss lagi sekali...
wahai kaum wanita...
celik kan mata..
lapangkan dada..
buka la otak anda...
kalau laki nie kaya tak apa la...
ini ko pulak yang support dia..
tanggung dan sanggup berhutang..
Kan musibah nie...
ish2....

KUALA LUMPUR: “Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.
“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.

cerita sebenar dari metro
nak kate bodoh pandai..
dapat masuk ipta..
tengah belajar g la belajar nie nak cintan-cintan
haaa padan muka hang...

p/s: kepada pelajar di luar guna la wet ptptn anda sebaek yang mungkin. jangan nk enjoy sakan ok.

Rabu, 16 Februari 2011

Contest " Comelnye Berbaju Kurung"

meriah btoi baner

Wah dengan semangat yang jitu...
syusye nk join contest "Comeynya Berbaju kurung"
contest ini dianjurkan oleh cikpsiko yang tomey n cute miut...
ayat bodek nie...
actually syusye kena tag oleh wanie
terima kasih yea...
kita berbalik ke pangkal jalan....
jom kita tengok syarat-syaratnya bagi contest ini...
jom kita layan...

SYARAT-SYARAT

1) Entri contest "Comelnye Berbaju Kurung"
2) Link entri dengan blog
3) Sebab kenapa korang rasa perempuan pakai baju kurung itu comel
4) Letak gambar comel korang tuuu...=)
5) Pendapat tentang baju kurung
6) Jadi follower blog ni
7) Tag 5 orang rakan anda
 so ayu kan? 

Comelnya berbaju kurung- biler syusye berbaju kurung syusye nampak lagi 
i- comey n ayu "ayat perasaan" tapi itu la hakikat.
ii- lebih selesa dan sopan "lagi-lagi bila nak jumpa bakal mak metua sure r jadi menantu"
iii- tutup aurat "ayat tak boleh belah"
iv- fesyen baju yang boleh dipakai di mana2 sahaja "semua majlis"
contohnya: majlis perkahwinan,ceramah agama malah bershoping lagi.
jadi sebab itu lah syusye suka pakai baju kurung
sejak berkerja di Govment tiap2 hari syusye pakai baju kurung..
dengan berpakaian baju kurung syusye nampak 
seorang gadis yang sopan santon.."agak la" insya allah...
itulah sebabnya... kita layan je la ok...
lagi satu baju kurung nie tidak di LAPOK di telan zaman...
dari nenek moyang kita sampai zaman sekarang 
fesyen berbaju kurung still di pakai.
betul tak?

Jadi kawan-kawan sekiranya anda rase bila berbaju kurung ANDA NAMPAK COMEL
meh kita ramai2 masuk contest Comelnya Berbaju Kurung
yang di anjurkn oleh cikpsiko .
Adiah yang disediakan memang BERBALOI- BALOI...
memang ghairah la bila kte tgk hadiah yang disediakan...

jom kita tgk adiah yang disediakan...
Baju casual / Mini dress fesyen korea /Handbag 
(tak tetap  yang mana satu tp yg pasti antara 3 ni la dan akan dibberi 
mengikut cita rasa tuan blog time beli yee)

tarikh tutup contest pada
20 FEBUARI 2011
cepat-cepat nanti terlambat...
jadi syusye nak tag kawan-kawan syusye...
jangan tak join ok...
 kawan-kawan jangan tak join ok...
good luck ok semua...

Isnin, 14 Februari 2011

Madu di Tangan Kanan Mu.....

Madu...
sangat manis kan?
sangat berkhasiat?

sungguh cantik madu kan? tp mcmne di madu kan?
tapi mcmne pulak kalo di madu kan?
adakan sama maksud bagi madu?
mmmm pape2 pow 
aku selut tabik spring kepada wanita yang snggup di madukan
wow dapat payung emas lagi 2...
tapi aku?
sanggupkah aku berkongsi kasih ?
bagi aku kalo kongsi laen aku 
sudi sbb aku bukan jenis kedekut
tapi bak kasih sayang
aku TIDAK SANGGUP!!
0o0oooo tidak...
 
Jom kita baca serba sedikit al kisah 
bila laki minta kahwin lagi 1.
seram nya....

SAYA berkahwin dan mempunyai anak. Saya berhasrat berpoligami bagi membantu seorang ibu tunggal dan berkongsi kebahagiaan dengannya.
Selain itu, saya juga mahu melaksanakan ibadah serta mengamalkan sunnah Rasulullah. Hasrat ini saya suarakan kepada isteri dan anak.

Namun, cadangan itu tidak dipersetujui isteri biarpun menjelaskan tujuan niat baik, hak serta tanggungjawab yang perlu saya pikul nanti.

Isteri meminta saya menceraikannya jika ingin meneruskan hasrat berpoligami. Saya memang tidak dapat melupakan ibu tunggal itu memandangkan kesusahan hidup yang dihadapi bersama anaknya.


Saya masih menghubunginya selain memberikan sumbangan kewangan. Salahkah hasrat saya untuk berpoligami? Adakah isteri saya berdosa atau bersalah kerana tidak bersetuju dengan hasrat saya itu biarpun saya berterus-terang kepadanya?

Jika saya ingin meneruskan hasrat itu, apakah saluran perundangan yang boleh saya kemukakan?

Jawapan
SECARA umumnya Islam membenarkan poligami bagi kaum lelaki saja. Dari sudut sejarahnya perkahwinan secara poligami sudah pun wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam lagi.

Bagaimanapun, Islam datang memberi panduan kepada kehidupan berpoligami supaya terjalin kasih sayang dan mawaddah antara suami dan isteri-isterinya.

Contohnya, bilangan isteri dihadkan kepada empat saja dan penekanan kepada keadilan antara isteri terutamanya dalam aspek giliran sesama isteri.

Perkara ini dijelaskan al-Quran seperti berikut: "Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu kahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah al-Nisa' ayat 3).

Islam tidak menyekat hasrat anda untuk berpoligami. Anda juga berasa mampu untuk berbuat demikian dan berterus terang dengan isteri.

Pada kebiasaannya isteri akan menentang hasrat seperti mana yang berlaku pada anda. Di samping itu, pihak isteri juga menyuarakan hasratnya untuk bercerai sekiranya anda ingin terus berpoligami.

Hal itu perlu ditangani dengan bijaksana supaya tidak berlaku perceraian. Sebagai panduan, anda sepatutnya berdepan dengan perkara itu dengan penuh tenang dan jangan lekas marah.

Segala kerenah hendaklah dihadapi secara berhemah. Anda mesti yakin dengan diri sepanjang masa dan jangan mudah terikut-ikut perasaan.

Jika mempunyai masalah, ia hendaklah diselesaikan satu persatu. Contohnya, apabila isteri tidak bersetuju, anda hendaklah menerima pendirian itu secara tulus dan terbuka.

Amat jarang sekali isteri yang bersetuju dengan poligami. Bagaimanapun, anda termasuk isteri mesti memahami bahawa dalam Islam persetujuan isteri untuk suami berpoligami bukannya syarat.

Isteri yang tidak bersetuju pula tidak menyebabkan dia berdosa. Dosa berlaku apabila isteri mengambil langkah jahat untuk menghalang suami berpoligami seperti menggunakan sihir dan sebagainya.

Seterusnya secara perundangan anda boleh mengemukakan permohonan untuk kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah. Antara yang perlu dikemukakan dalam permohonan berkenaan ialah "suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungnya, termasuk orang-orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada sudah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu." (Akta Undang-Undang Keluarga Islam, 1984).

Mahkamah kemudian boleh memberi kebenaran apabila ia berpuas hati (1) bahawa perkahwinan itu adalah patut dan perlu (2) pemohon mempunyai kemampuan kewangan (3) kemampuan memberi layanan adil kepada semua isteri dan (4) perkahwinan berkenaan tidak menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Umumnya Akta Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dilihat meletakkan syarat yang berat dan ketat dalam permohonan perkahwinan poligami. Antara sebabnya ialah untuk menjaga maslahat keluarga dan sebagainya.

Ini menyebabkan ramai pasangan memilih untuk berkahwin ke luar negara. Bagaimanapun, ia mungkin mendatangkan masalah berbangkit lain selepas itu termasuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia secara sah.

Mereka ingin mendaftar perkahwinan itu pula didakwa atas alasan berpoligami tanpa kebenaran dan seterusnya dihukum. Mudah-mudah perlu ada penilaian semula undang-undang yang ada sehingga maslahat individu tidak diabaikan dan undang-undang tidak dilihat sebagai 'halangan' dan hukuman semata-mata.
 sumber dari metro

Jadi kepada lelaki bila isteri anda tidak sanggup di madu kan
jangan la nk salahkan isteri ok...
malah tidak perbuatan tersebut tidak berdosa 
kerana mereka juga mempunya hak....

P/s: Adakah anda rela di madu kan?

Jumaat, 11 Februari 2011

Aku Rindu Setengah Mati



Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…



Rabu, 9 Februari 2011

Awan Nano

 
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


!st time dengar lagu ini.. dah jatuh hati dah...
suka...suka....
jom layan lagu nie...


Jemputan Kahwin...


Jemput lah yea kawan-kawan
hadir ke majlis perkahwinan...
pada 27 Febuari 2011.
Jangan Tak datang taw..

Jom kita tengok kad kahwin...




0ooops...Tapi bukan majlis syusye yea...
ha ha ha..
syusye jadi tetamu untuk meriahkan lagi majlis..
moral the story syusye nak cerita 
adalah kad kahwin..
cantik kan???
 dan unik...
tak penah lagi dapat kad kahwin macam nie..
kepada nak kahwin..
tak ada idea untuk kad kahwin ley la wat mcmne...
tapi 2 kalo ade baget lebih la..
ha ha ha ha....

p/s: syusye kalo kwin wat simple2 je..ha ha ha


Selasa, 8 Februari 2011

Di Belasah!!! S**T

Apa nak jadi zaman sekarang...
semakin ganas...
semakin tidak prikemanusian..
geram nya..
ish... terasa takut dah sekarang nie
lagi-lagi bagi kaum hawa macam syusye...
tapi zaman sekarang...
tidak kira la kaum hawa malah kaum adam pow kena berjaga2
tiap2 hari ade je berita yang kurang senang..
merisaukan...
lagi mak bapak ...
"macam dah kahwin je" ha ha ha...
jom kita layan cerita ini...

pic dari metro
kejam sungguh manusia sekarang....
sudah la di rogol,di belasah pas itu di campak pulak tu..
geram betul la..
cuba kalau kita buat mcmne kat mak,adik perempuan dan kakak dorang
apa dowg rasa?????
kepada penjenayah...
aku harap benda ini berlaku kat family ko..
baru la ko rasa ape family mangsa rasa...
padan muka..
hope pihak polis dapat tangkap penjenayah secepat mungkin...
sumbat dalam lokap pas 2 sebat sampai Mati...
"taip dalam keadaan Emo ini" he he he
jom kita baca kisah sepenuh nya metro 

Mangsa sekarang ini kritikal.
sama-sama kita doa semoga mangsa selamat
dan dapat mengharungi hidup dengan tabah nanti..
Insya Allah Amin...
kepada keluarga mangsa banyak2 bersabar dan berdoa...
Insya Alah semua selamat...

p/s: sesiapa buat jahat akan di balas dengan kejahatan, setimpal apa yang dia buat.. Allah Maha Adil...

Isnin, 7 Februari 2011

Apy Birthday to Me.....


Semalam 6.2.2011 genap la saya 25 tahun...
Alhamdullilah diberikan peluang idup selama 25 tahun...
macam caya tak caya je
syusye dah menjangkau umur 25 tahun..
tapi itu la hakikat dah berusia 25 tahun...
tak ade apa pow yang menarik pada tahun nie..
tahun ini tahun kedukan bagi syusye..
papa pow idup kena terus kan

apa pow Selamat Hari Lahir Syusye...
semoga panjang umur dan murah rezeki..
semoga sihat2 selalu..
semoga tahun ini membawa seribu makna..
Insya Allah...

Jadi tak ade pow orang nyanyikan lagu apy birthday kat syusye
syusye nak nyanyi sendiri la....

 
Allah Selamat Kan Kamu...
Allah Selamat Kan Kamu..
Allah Selamat kan Asura...
Allah Selamat kan Kamu....

Yeah...dan tua dah syusye...
dah tambah 1 tahun lagi umur...
semoga dgn btmbahan Umur syusye menjadi lebih matang
dalam semua hal..
menjadi anak soleha...
menjadi hamba yang patuh kepada Nya..
Insya Allah...

Dan terima kasih syusye ucapan kepada rakan-rakan
yang tidak lupa wish kepada syusye..
thank..
semoga dengan wish kwn2 berikan memberi sumber inspirasi
kepada syusye...
Thank Again..

p/s: thank kepada housmate belanja Ayam Penyek Ap semalam....

Rabu, 2 Februari 2011

Dreaming In The Night

Assalamualaikum... salam satu malaysia... sihat tak semua..hope semua berada dalam keadaan sihat ok..
mmm esok dah bercuti..syusye balik kampung lagi tapi tak drive just tumpang kawan Azie sampai Ayer Keroh.. Jimat..jimat...memandangkan baru je balik hari itu, 2 yang tumpang je..lagi pow malas nk drive mesti jalan jem, ha ha ha...


Berbalik kepada tajuk di atas.. malam tadi syusye tidur awal sebab penat sangat. penat? agak la..he he he.. dalam kul 10pm lepas tgk cete Glee syusye pow masuk bilik untuk merehatkan diri. Nak jadikan cerita syusye bermimpi...tak penah syusye bermimpi mcm itu malam tadi. Syusye bermimpi syusye MATI. wow ganas kan? semasa dalam mimpi itu syusye melihat di mana syusye dimandikan,dikafankan juz untuk dikebumikan syusye tak sempat sebab dan masuk subur. syusye terus terjaga. takut jugak kot2 tak bagun terus. semasa syusye mati semua orang sedey melihat syusye dah pergi buat untuk selama2 nya......

terpikir jugak apakah ada matlamat hendak disampaikan? adakah mimpi itu hanya mainan tidor? adakah ada maksud tersirat dan tersurat? adakah ajal aku akan sampai tidak lama lagi? macam-macam bermain dalam fikiran aku.he he he..tapi aku wat bodoh je...

moral the story,ajal maut ketentuan Nya. kita sebagai hampanya hendaklah sentiasa ingat mati kerana mati kita tidak tahu bila..tak kenal usia,umur bangsa bila Allah kata Kun Fayakun jadi jadi la.. tidak tercepat or lambat walaupon satu saat.

sama-sama la kita ingat mati karana mati sunat,

Selasa, 1 Februari 2011

Torres pindah ke Stamford Bridge?


LIVERPOOL: Penyerang Liverpool Fernando Torres (gambar) yang dilaporkan meninggalkan padang latihan kelab itu dengan menaiki helikopter, menimbulkan tanda tanya spekulasi bahawa pemain itu semakin hampir untuk meninggalkan kelab itu dan menyertai seteru Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Akhbar British melaporkan Chelsea sedia membayar 50 juta pound (AS$79.5 juta) untuk khidmat pemain Sepanyol itu tetapi Liverpool sebelum ini menafikan terdapat urusan bagi perpindahan itu.
Semalam adalah hari terakhir jendela perpindahan.
Torres, yang terikat dengan kontrak sehingga 2013, adalah seorang daripada pemain yang begitu dicari-cari dalam dunia bola sepak meskipun sumbangannya untuk juara Piala Dunia Sepanyol tahun lalu agak mengecewakan. Dia menjaringkan gol kemenangan Sepanyol menewaskan Jerman pada kejohanan Eropah 2008 dan sudah meledak 81 gol dalam 142 perlawanan untuk Liverpool. - sumber dari berita harian

Habis la Liverpool selepas ketiadaan Torres mesti merana lagi kan? kecian...kecian...
he he he...dah r berada tangga ke bawah jual pulak ayam tambatan...dasyat...dasyat...
pape2 pow ManU perlukan maintain untuk menjuarai EPL musim ini tanpa mebeli permain yang mahal malah dengan permain Muda dan lama menjadi mantap dan akan menjuarai piala EPL dan mencatat rekod baru bg Liverpool...