Isnin, 31 Januari 2011

becuti selama 6 hari...

Assalamualaikum..selamat petang. syusye harap kawan-kawan syusye berada dalam keadaan sihat yea. selama seminggu syusye menghilangkan diri..ada sapa windu kat syusye tak? syusye bukan menghilangkan diri tapi syusye menjaga mak tidak sihat dan dimasukakn ke dalam hospital.

Pada hari khamis selangor cuti thaipusam. tiba-tiba dapat pangilan dari kakak,dia kata nk hantar mak ke hospital kerana dah teruk. tanpa membuangkan masa syusye terus pecutkan kereta balik melaka dan terus ke hospital. mak ditempatkan zon merah dalam wad kecemasan. dalam pukul 8pm mak di hantar ke ICU. semua adik beradik syusye ada dihospital. sedih woo bila tgk mak kita mcm tu..wayar sini sana.....ketika itu macam2 da pikir dah  tapi hanya doa saja mampu berikan masa itu. apa nk jadi jadi la asalkan mak selamat. tekanan darah semakin rendah, doktor terpaksa.................. tak ape la asalkan mak selamat...
Akhirnya selama 3 hari mak di masuk kan kedalam icu akhirnya dipindahkan ke wad.mak di kawal rapi setiap 1 jam nurse n doktor datang check up.. 2 hari di masuk kan dalam wad BP rendah dan terpaksa masuk darah lagi. akhirnya mak beransur pulih.. Alhamdullilah bersyukur sgt...

Yeah... mak dah sihat..wayar da dicabut..kecian mak..mesti sakitkn?
terima kasih kepada kawan2 dan saudara mara datang menziarahi mak syusye. Mektam,Maklang,Poklong,PakNgah dan busu yang byk bagi support kepada mak dan tidak lupa jugak kepada cousin2 meluangkan masa. Kepada kawan2 kak farah terima kasih beri semangat kepada syusye, perasaan masa tu agak....... tak tahu nak cakap. tapi dengan ada nya kawan2 dan saudara hilang semua perasaan itu..
Kepada kawan saya Nadia thank sudi dtg tp maaf tak dapat nk berborak.
Dan tidak lupa kapada rakan-rakan pejabat syusye. Terima kasih doa kamu sekalian.

Akhirnya selama 9 hari dalam wad mak dibenarkan balik rumah. Ya Allah Alhamdullilah. Hope Mak beransur pulih dan tabah untuk mengharungi Hidup. Semangat yang tinggi untuk mengharungi dugaan Allah beri kepada Mak. Amin Amin Amin......

Thank yea kawan-kawan.. Hari ini syusye mula berkerja balik walaupow hati sangat berat meninggalkan Mak tersayang. kul 7am selamat sampai ke Shah Alam dan menjalani kursus Microsof C# dan SQL Server 2008. Kerja tetap kena kerja moga moga mak di rumah berada keadaan Sihat..

Rabu, 19 Januari 2011

Produk Gula-Gula: Clorets

 Selamat pagi semua.. Disebabkan hari ini syusye tidak tahu nak tulis apa tiba-tiba syusye dapat email ini.tak salahkan kalau syusye nak share kepada kawan-kawan syusye kat blog ini. Untuk makluman syusye salah seorang pengemar gula-gula clorets ini.. Janji syusye memang tak tahu. jadi dengan info mcmne ini syusye tahu dan kawan-kawan syusye pow dapat tahu jugak..

Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan.


Ini adalah bukti yang benar:  





 Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.
Mulai hari,
sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya.


 

Selasa, 18 Januari 2011

Di Bakar Hidup- Hidup..


Salam ceria semua
mmm apa nak jadi zaman sekarang ek
bakar manusia macam bakar ikan plak...
kita nak bakar ikan pow tak sampai hati 
nak bakar hidup- hidup
ini pulak nak bakar manusia
Hidup-hidup pulak tu..
ish nampak sangat manusia sekarang 
sudah hilang sifat kemanusian kan?
zaman dah moden
minda dah maju
teknologi dah canggih
tapi jadi lain pulak kan?
mmm...
bukan apa pagi-pagi syusye baca surat khabar 
ada je kes jenayah yang berlaku
pas itu pelik-pelik pulak tu..
ngeri pulak syusye...
Al maklum la duduk merantau
perempuan pulak itu...
apa boleh syusye kata kan kena la berhati-hati
jangan cari musuh dan wat hal...
udah2 r jangan la berdendam atau pow kianat..
Hidup kita tak senang pow...

Jom kita layan cerita penuh tentang orang di bakar hidup- hidup metro
suka-suka dia orang je nak bakar orang kan?
dia tak tahu akhirat nanti dia kena bakar balik..
lagi la panas dan derita..
Nauzubillah.. Ya Allah minta-minta kita dijauh kan..
jangan disebabkan kianat,iri hati dendam
Jgn buat perkara terkutuk..
Hidup kita tidak aman...

Sekiranya orang laen senang kita jadikan yea nya satu motivasi bagi kita
kalau dia boleh berjaya kita pow boleh berjaya
jangan lah cemburu atas kejayaan orang laen
itu rezeki Allah bagi kat dia
rezeki kita kita tak tahu kan?
Yang Penting Jangan Putus Asa...

Isnin, 17 Januari 2011

Faster...Faster...faster....


Selamat pagi semua.. semoga berada dalam keadaan sihat ok.. macam mana cuti hujung minggu best tak? mesti best kan dapat spend time dengan orang tersayang dan dapat merehatkan diri. syusye just duduk rumah je sambil-sambil kemas rumah. tak balik kampung pow minggu ini disebabkan baget lari..bergolek-golek.. ha ha ha. jadi syusye nak cerita sedikit cerita FASTER nie.. besh gilar layan tak sempat nak kelip mata pow.. memang  laju selaju tajuk cerita ini la..ha ha ha...


Mesti korang dah tengok kan cerita nie.. tapi syusye tetap nak cerita jugak.. meh syusye cerita sedikit sal cerita ini. The rock kes dia untuk balas dendam atas kematian abang dia. jadi semua musuh yang terlibat je dia bunuh. jadi motif dia untuk balas dendam la. tp best nya cerita ini cerita dia sangat la laju tak sempat nak berangan..best..memang layan

kalau saya bagi bintang 4 dari 5 bintang.. ha ha ha.. memang terbaek laa. lagi 1 syusye nak cerita sedikit syusye jatuh cinta... o0ooo tidak.. jatuh cinta sekali lagi.. macam tak percaya.. dengan sapa? nak tahu..jom kita tgk dengan sapa lepas syusye tengok cerita ini...aaaaaaaaaa memang feel habis la..layan..........






Ini la Oliver Jackson-Cohen. dia jadi perisik untuk membunuh the rock dalam cerita faster.. ehcem giler dia dalam cerita faster ini.sungguh menawan hati ku ini..ha ha ha. Ini kira syusye jatuh cinta kali keberapa dah ni? ha ha ha.. perasan sungguh!!!


Sabtu, 15 Januari 2011

Dah Kahwin dah...


Alhamdullilah...
tahniah kepada Rebecca Nur Islam kini bergelar isteri
perkara baik tak elok di lambat-lambat kan
betul tak?
semoga perkahwinan kekal hingga akhir hayat ok Rebecca...
he he he..
jom kita layan gambar rebecca kahwin..
cantik dan manis..
so SWEET...
sumber dari  metro




sumber dari metro

sumber dari metro

Cantik kan rebecca?
manis je...
cantik pulak minah nie..
he he he
tapi aku tak minat sangat dia ini...
sebeb dia nie berlakon sexy bernou...ha ha ha
pape pow syusye nak ucapakan tahniah ok
nak baca lebih lanjut sila baca di sini


p/s: Syusye bila lagi ek nak tamat kan zaman bujung ek? ha ha ha...
tunggu je la....=p

Jumaat, 14 Januari 2011

Petua Mencuci Hati....

Assalamualaikum dan selamat pagi.. pagi yang indah dan segar syusye nak share sedikit tentang petua mencuci hati.. al maklum la setiap hari jumaat di opis syusye ade buat tazkirah jadi syusye pow nak bagi tazkirah jugak la kepada rakan-rakan syusye. yea la sama-sama lah kita menjadi insan yang lebih baek dari semalam. syusye tak la pandai tapi  Petua Mencuci Hati di sampai kan oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah. mesti semua orang kenal kan? jom kita tengok petua-petua tersebut.sama-samalah kita mencuci hati kita.


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara
bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan.Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X..

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat. 


 Banyakkan untuk buat semua dalam 1 hari. haaa apa kata kita buat satu minggu satu.. Insya Allah kita dapat mencucikan hati kita supaya lebih dekad dengan Nya. Selamat Beramal....



 

Khamis, 13 Januari 2011

Nasi Kerabu o0ooo Nasi Kerabu...


Selamat pagi semua...
Hari ini syusye nak cerita sedikit pasal nasi kerabu...
tapi syusye tak tahu la nak buat nasi ini macamne...
juz nak beritahu yang syusye suka makan nasi kerabu...
padahal syusye bukan orang kelantan or orang timur
tapi orang melaka...
sedapnya nasi kerabu...

Cerita macamnie...
semalam syusye 1st time pergi pasar malam dekat shah alam ini
seksyen 7
pusing punya pusing satu pasar malam
last-last buat keputusan nak makan nasi kerabu...
pergh memang sedap..lazat sehingga licin la makan...
sedapnya...
masih terasa lagi nasi kerabu ini..
he he he...
mmg memeleh la air liur
suka nya..
sedap kan??? boleh meleleh air liuh beb!
makan sampingan semalam beli pasar malam
rangka ayam dan yong tau foo..
memang makan tak ingat dunia la semalam..
tu yang ari ini poce tu sebab dah makan banyak sangat da..
he he he he...

Disebalik makan banyak...
biasalah syusye punya perut space kecil je..
makan dah byk jadi time untuk membuang..
pergh dah sakit dah perut ini
nak jadikan cerita...
buka air, air tak ade pulak kat umah...
pergh memang terseksa la.. terpaksa menahan perut...
berguling2 jugak..ha ha ha..lawak jadinya..
sampai ajak kak nisa teman pergi opis untuk melepaskan hajat...
memang nasib syusye baek la lepas itu,
tiba-tiba2 ada air..
peergh lega sudah 
kalo tak mesti boleh dapat kancer tulang..ha ha ha

p/s:kenapa nasi kerabu warna biru ek?kenapa tak warna kelabu?warna biru 2 letak apa ek?
peliknya....

Wow...Magic

Korang tahu buat magic tak?
agak2 korang magic itu betul ker?
apa pendapat kau orang?

memang la dia orang silap mata kita
tapi pandai kan dorang buat..
kenkadang tengok kagum gak.
he he he..
mcm besh je jadi ahli silap mata nie kan?kan?
tiba-tiba je boleh kuar bunga laaa
kuar burung laaa
macam-macam...
kalau awek tgh merajuk mesti senang nak pujuk kan?
he he he..
alaaa syusye pow pandai buat silap mata gak
nak tgk tak?
nak tengok?
sabar la....
nanti syusye tunjuk kan ok...
janji...tak tipu...
ok jom

after buat Ot ptg semalam


























tiket untuk hari ini 12/1/11

Kan magik tu..
pandai tak syusye buat magic?
ada sapa-sapa nak belajar magic dari syusye
sila bagi nama ok
nanti syusye ajar..
ha ha ha ha ha...

p/s: Hari ini nak surut kan lagi tiket2 isms..msti user mengamuk kan sebab aduan mereka tidak setelkan lagi.
sabar yea semua2 user syusye akan buat secepat mungkin...


Selasa, 11 Januari 2011

Ada Aku Kesah!!!


Selamat petang...
Hari ini syusye sgt sibuk sampai tak dapat 
nak update n3 hari ini...
lagi pow syusye tak tahu nak tulis apa..
he he he...

jadi tajuk di atas tak ade mengenai dengan n3 ok
syusye nak cerita sedikit apa terjadi 
untuk bertarik 11.1.11
lawa beb tarikh ini..
kalau tarikh ini hari sabtu mesti ramai 
melansungkan perkahwinan or pertunangan kan?
bukan senang nak dapat tarikh yang cun..
ha ha ha...
jom sura list sedikit apa yg terjadi pada tarikh ini


1. buat pertama kali syusye terlupa pakai Jam tangan pergi kerja..
mmm rasa mcm tak lengkap je kerana bagi syusye jam merupakan benda 
penting dalam hidup syusye...

2.Hari ini 11.1.11 pada jam 11.11 pagi syusye bagi msg kat owg tersayang...
tersayang ker? boleh la kira tersayang...kata pada beliau tarikh ari ini
cantik kan?kan? tapi masa tu xperasaan pow pukul 11pg
dia la ckp  cantik 11.1.11 pada pukul 11pg...

3. Hari ini ada jamuan untuk unit syusye kat opis..pergh memang besh la mkn
buat pertama kali syusye makan bertambah 
kat opis nie ciap tmbah nasi..ha ha ha
malu jgak nak tapi bila kak rey bising2 dengan selambar
tambah la nsi (termsuk aym+kueh smbah udang)
memang kenyang sampai sekarang la....

4. Hari ini syusye OT hendak setelkan tiket2 isms syusye..
hopefully hari ini habis laa ikutkan ati malas 
nak OT tp disebabkan perut dah kenyang
jadi Kita OT la..he he he

5. Dah habis nak cerita..ha ha ha ha
dah tak apa yang menarik pow hari ini..tak ade istimewa pow..
kepada Dato Siti Nurhaliza 
Selamat Hari Lahir ke berapa???
sowi tak ingat...kebetulan tahu

ok la syusye nak smbung kerja balik...
kepada rakan-rakan jadi follow syusye hari ini
terima kasih
rajin-rajin la melawat ok...
insya allah syusye akan melawat jgak tapak kamu semua..
jangan lupa tinggalkan Bukti ok...



AJL 25

Assalamualaikum dan selamat hari isnin
sihat tak pagi ini?
syusye doakan semua dalam keadaan
chat dan ceria selalu yea..

Ari ini syusye nak cerita sedikat pasal AJL ke 25
actually syusye pergi tengok
tapi bukan hari Ahad 
hari SABTU
ha ha ha
tgk dowg berlatih..pergh seronok giler
besh giler dengar live tak sama dgr kat TV


  jadi apa diorang buat untuk persembahan syusye dah taw
cuma keputusan je tak tahu...
memang seronok la...

Jom kita tengok siapa juara untuk tahun ini..

kredit metro

Tahniah...Tahniah...Tahniah
kepada pemenang
dan kepada yang tak menang cuba untuk next time ok....
itu la serba sedikit pasal AJL ke 25

p/s: perasan tak pentas macam konsep TRON kan? he he he...

Ahad, 9 Januari 2011

MERLIN....Season 3

Selamat Hari Sabtu...
Hari ini syusye nak cerita sedikit pasal 
apa syusye tgk malam tadi...
disebabkan mata tidak boleh tidur 
duduk la sensorang layan tv
belik demi belik alangkah terkejut ada Merlin Season 3
pergh giler punya la seronok...
aku follow cerita ini nak dikatekan tiap2 minggu tak lepas laa...
aku suka cerita ini tak tahu nape..
kau orang tgk tak?
cerita ini...

Kenapa aku suka ek cerita ini?
1.aku suka merlin..mesti pelik kan? orang kalau tgk cerita ini suka pada Arthur'
yealah raja yang sgt Ehcem..tapi aku tetap suka Merlin..
2. Merlin sorang hamba yang patut kepada tuan nya even Tuan dia selalu mempelekehkan 
3.Merlin ini kenkandang nampak mcm bodoh tapi dia sorang yg bijak
4.suka watak dia seorang yang mempunya sihir tp sihir digunakan
untuk melindungi tuannya...
4.Senang cerita memang aku suka la cerita ini la...

Tak reti nak nak cerita..
meh la kita tgk setiap hari jumaat TV3 pukul 11pm..
memang syok..
tak rugi bersengkang mata nak follow cerita ini la...
ha ha ha..
Jom kita layan gambar..
.

 Ini la Arthur seorang anak raja yang berjiwa rakyat
kenkadang sakit hati jugak..
mcmne ek sorang raja?
he he he..
tapi dia lebih ok dari bapak dia.
seorang yg kejam...

merlin_morganas

MEh aku cerita serba sedikit pasal watak di atas.
Colin Morgan merupakan anak angkat 
tetapi dia membelot.
sangat la jahat padahal Aurher sangat mempercayai dia
dah anggap mcm adik beradik
di sebabkan ketamakan kuasa dia sanggup membelot
jadi dalam season 3 ini lebih kepada Colin Morgan la ...
tentang cara untuk menjatukan  Kerajaan Camelot.
Macam itu la cerita nya...
saya sangat meminati cerita ini..
ada sapa2 ada link untuk donwload cerita ini tak?
kalo ade boleh la share dengan syusye
itu pow kalo tak keberatan la...

Sabtu, 8 Januari 2011

The Tourists

Ini saje je nak habiskan masa aku
so aku nak cerita sedikit pasal The Tourist...
Aku suka Angelina Jolie..
Cantik kan?kan?
bestnya dpt bdn n raut muka mcm dia..he he he

Jom kita tengok sape pelakon dia...
Johnny Depp, Angelina Jolie and Paul Bettany 

Synopsis
Elise (Angelina Jolie) randomly sits next to an American tourist, Frank (Johnny Depp), on a train going to Venice. The police have been following Elise for two years waiting for her to contact her lover who embezzled over $2 Billion. Not only will they need to evade the police, but also the mobster who's money he stole.  

Meh aku cerita sedikit...
cerita dia memang agak slow...
boleh mengantok la di watnya..
pas itu aksi dia tak banyak aksi..
sgt membohsan kan...
byk bercakap...

kalau  bagi bintang 
aku bagi 3 bintang je itu pow sebab 
Angelina Jolie..ha ha ha...

kalau nak taw cerita dia lebih lanjut pergi je lah donwload
buang duit je tgk wayang..ha ha ha..
kalau nak tengok wayang pow 
kita sokong filem melayu ok
Jom Kita Tengok Khurafat..
JOM tgk JOm....




ERTI KEHIDUPAN


Assalamualaikum...
di pagi jumaat ini syusye nak share sedikit..
tapi bukan nk bagi syarahan or menjadi ustazah ok..
cuma nak berkongsi bersama rakan-rakan
syusye yang di sayangi...
ERTI KEHIDUPAN..



"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
  mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, 
suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
 


ok yea...sama-sama kita renungkan 
dan selamat beramal....=) 


 

Khamis, 6 Januari 2011

BILA DAH....JADI....



Bila PERUT dan KENYANG...
MATA pon jadi NGANTOK...


Makan sgt banyak...
sekarang ini saya sgt mengantok...
tolon...tolon...tolon...
nak zzzzZZZZzzzz

p/s: kalau makan jgn lah terlampau kenyang tidak baik untuk kesihatan.
Mencegah lebih baik daripada Merawat.
Sama-sama Kita menjaga Kesihatan.
Iklan dari Kementerian Kesihatan...





Tag Dari Nurul Azida Binti Abd Razak..


Selamat pagi semua...
merujuk perkara di atas aku kena tag oleh azie..
dah lama dia tag tapi aku tiada kelapangan...
jadi aku nak jawab la ari nie..

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Jam dan Handfone

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri
roti, kaya dan cili kering malam tadi..

3. Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
umesti la dekat umah aku tema aku suka warna putih ala2 pari-pari..he he he

4- Adakah korang sedang bercinta sekarang? 
alahai malu la nak jawab...=p

5- Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
insya allah untuk selama2 nya

6- Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
aku tidak suka membaca sbb msti aku tidor!

7- Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
dua-dua la tp aku rapat dgn mak aku lagi

8- Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
sapa ek? nk jmpe semua pemain ManU..he he he

9- Adakah korang basuh baju korang sendiri?
ofkos la beb bsuh sendiri

10- Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
mesti la mekkah tp teringin nak g New Zealand

11- Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk..cium..aku tamak nak 2 2 sekali..

12- Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
a)budak johor
b) ada kereta kenari warna putih mcm nk pncitkan rodo dia je..he he he
c) dia sama unit dgn aku..jadi dia junior aku..time tok buli..

13- 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?
a) wali band - baik² sayang
b) faizal tahir-selamat malam
c) Janji kekasih
d) akim- benggang
e)  akim-inilah cinta

nak tag sapa ek??
thank yea azie tag aku...aku dah jwb dah soalan2 ko 2...he he he...
nanti tag la lagi yea...ha ha ha


 

Rabu, 5 Januari 2011

Tiket or Tiket...

Aku nak cerita nie bukan cerita pasal tiket bus yea..ha ha ha...
tapi tiket isms aku nie
tak tahu lah bila aku nak surut kan tiket-tiket nie...
nak tengok tak?


cuba tengok dari 27/12/2010 pow aku tidak setelkan
meh aku cerita sedikit..
sekarang ada sistem baru nie kita orang tidak layan aduan melalui telefon or email
jadi sebarang masalah atau aduan mesti melalui sistem ini..

Tapi...Tapi...Tapi
jadi masalah sekarang...
telefon aku tidak la berhenti-henti berdering...
kring..kring..kring...
sampai boleh megrain kepala aku dibuatnya...

aku asyik layan telefon dan email
jadi tu yang tertunggak tiket-tiket aku 2...
mesti user marah kan tak setel2 lagi pblem diowg...
tapi dah byk mcm ini aku tgk jugak yang mana di utamakan...
itu ada yang lama tidak setelkan 2...

ish-ish.. isnya allah sabtu ini macam nak OT
untuk setelkan semua tiket-tiket isms yang tertunggak...
user aku nie kenkadang tidak faham bahasa
he he he
segala aduan melalui sistem nak jugak telefon
pas itu lambat nak marah yealah mcmne aku nak setelkan 
tiket dowg dah dowg asyik nak telefon aku je...
mmmm...
telefon aku nie mcm hotline dah
kalah bz mcm kat bursa saham..
ha ha ha ha ha

p/s: pape2 pow kena ENJOY!!!!!! =)

Kegembiraan adalah milik kita....

 Selamat pagi semua...
Assalamualaikum... semoga rakan yang di sayangi berada dalam keadaan sihat yea..
Disebabkan hari ini aku happy aku nak menyanyi boleh?
boleh ke tak boleh ke aku tetap nak menyanyi..kalau hujan or ribut petir 2 minta maafyea.tapi nak tahu lagu ape????jom..jom...


Enjit-enjit semut sapa sakit naek atas....~
Enjit-enjit semut sapa sakit naek atas....~
hahahahahaha....~
apy pulak aku nyanyi lagu nie...
kenapa?

 Meh aku habaq sedikit....kenapa aku happy???


1. Semalam aku tengok wayang cete hantu kak halimah balik rumah...
pergh lawak giler... sakit urut perut aku ketawa...agak lewat lah aku nak cerita 
tapi aku nak cerita gak even cerita nie hampir basi..he he he...
cerita ini memang lawak tapi sedih kit pasal ending dia x besh langsung... urhmm...=(
itu la cerita nya..... Aku sgt Apy Hari Ini...
nak bunga boleh?
2. Hari ini 5.1.2011 aku punya anniversary yang 6 tahun 4 bulan...
eeeeeee lame kan?
macam tak sangka je aku boleh bertahan sampai sekarang ini.....
hope jodoh kita orang akan sampai jinjang pelamin dan akhir hayat...
Saya Sayang Kamu....
Kamu sayang Saya Tak? 
he he he....
 
3. Saya berasa puas ati....puas sgt...rasa lega...rasa kemenangan milik aku...
jahat tak aku? ntah la kenkadang mmg la mendiam diri lebih baek tapi ada keadaan kita perlu bersuara dan bertindak...betul tak? kerana bila kita bertindak kita dah lepas kan apa kita tak puas ati atleast kita dah luahkan smua...terasa ringan dalam kepala ini... sebab itu la saya rasa apy sgt ari ini..... thank kwan2 yg support... 

4. Enjit-enjit semut sapa sakit naek atas....~
    Enjit-enjit semut sapa sakit keluar padang... 
    lagu ini aku tujukan kepada kak zue ....

dah tak tahu nak cerita apa lagi.. hopefully di tahun baru ini kehidupan aku berjalan dengan lancar dan aku doa kan mak aku cepat semput.. rindu sudah dengan masakan mak... 
I Miss u MOM so Much ever n 4ever dan saya sayang Kamu..=) [saringan] 

Selasa, 4 Januari 2011

TERUS DIGANGGU OLEH MAHKLUK...


AKU TERUS DIGANGGU....
jangan panik yea...aku bukan diganggu oleh makhluk harus ke apa...he he he...
tapi aku nak cakap aku terus kena ganggu.. oleh sapa?????? meh sini meh aku cerita kit kisah nya...

Ini la aku benggang sangat ini..... eeeeeeeeeeeeeeee tension gak la even perkara ini dah setahun lepas tapi DIA still nak ganggu aku dengan teman laki aku...ngeee ngeee.... kira orang ketiga lah nie...
bukan apa yang si perempuan nie tak habis-habis nak cari pasal dengan aku...ish-ish... tak faham aku....

Apa dia dapat pow aku tak tahu...buang masa je..he he he... 6 bulan aku bagi dia peluang tapi kemenangan tetap kepada aku...[ayat bangga]. ikutkan aku malas nak ingat dah lagi-lagi tahun baru ini sebab aku nak lupa kisah ini.Aku rasa malas dah nak bermusuh-musuh lagi..ingat nak tutup buku dah kisah ini tapi DIA tetap nak cari pasal atau nak tarik perhatian..macam-macam lah dia cuba buat....

Contohnya bagi msg kat aku cakap dia dengan pakwe aku penah kuar la,buruk-buruk kan aku cakap aku ada skandal la,penah kuar dengan laki laen la.macam-macam la.. malah si perempuan ini pow penah ugut aku..ganas betul kan perempuan nie? aku ingat dalam cerita drama je jadi mcmne sekarang terkena kat aku... ish-ish... takut aku dengan perempuan gila talak ini..he he he.. [ayat ugutan aku still simpan] actually macam-macam dia wat kat aku..tapi aku nie jenis tak melayan..ha ha ha

 Terbaru ini dia msg kat pakwe aku dia nampak aku??? muskil....kenkadang dia msg 2 aku ada kat kampung.. tergelak pow ada aku [jadi bahan gelak je]..tapi semalam dia msg dia nampak aku...mmmm sgt muskil..sbb smlm aku 1 hari berada kat opis..kuar makan pow tak... ish perempuan ini ada je nak cari masalah... ini yang aku tidak faham kenapa nak terus ganggu aku dengan pakwe aku???????? ini yang sentiasa berlegar2 dalam kepala aku... 

sebab dia aku gaduh dengan pakwe aku selama 6 bulan... lama x? so alhamdullilah sejak kejadian ini aku dengan pakwe bertambah baik. kitaorang sentiasa berjaga-jaga. sekarang ini nak buat baik pow kena berjaga-jaga dan tengok tempat.mmm itu la kalo ada jodoh tak kemana kan...?

Sekarang menjadi persoalan aku kenapa dia nak terus ganggu kami? bukan apa dia jugak seorang perempuan nape nak merosakan relation orang? napa dia tidak faham hati seorang perempuan... mmm entah la... sampai sekarang aku tidak faham.padahal dia jugak ada bf tapi nape nak terus ganggu kami?? 
sedih aku tgk perempuan ini [identiti dirahsiakan]. ada gak ek perempuan jenis mcmne? macam tak ada maruh pulak.. dah orang tak nak udah r nie terhegeh plak.. malu plak aku kaum aku macam ini. 

jadi moral the story aku tak nak kawan-kawan aku tergolong macam perempuan nie yea. Insya Allah. kalau orang tak nak udah ok, sepatutnya kita bina hidup baru jangan nak terus merendahkan martabah seorang perempuan untuk mendapatkan seorang lelaki [ada la ayt2  dia tak boleh belah]

Agak-agak dia terus ganggu kite orang lagi tak? perlu aku mendiamkan diri or melawan?
kenkadang aku nak mual dengan perempuan nie.. naik meluat..naek menyampah la..

Dah la malas aku nk cerita sal ini buat aku sakit hati je..buat aku hilang mood... 
pape2 pow aku doa dia akan berubah suatu hari nanti dan dia kena terima kenyataan bahawa kami dah berkawan selama 6 tahun. 

p/s: please lah kaum wanita jaga lah maruah anda jangan disebabkan seorang lelaki kamu merendahkan maruah anda.
dah aku tgh berperang msg dgn dia melalu fb nie.. tak abis2 lagi... beri la petunjuk kepada perempuan ini ya Allah...


Isnin, 3 Januari 2011

DAMPING MALAM.....

kredit abg google

Ahad 2.1.2011 aku pergi lah tengok wayang...
plan nak tengak hantu halimah balik rumah
ok...
disebabkan penuh jadi aku pilih tengak cerita di atas...
dalam hati minta-minta besh...

sebelum aku cerita pasal cerita nie kita tengok barisan pelakon yea..
Amy Mastura, Ahmad Idham, Azizah Mahzan, Erynne Erynna, Eizlan Yusof, Putri Mardiana 
director Ahmad Idham...
bintang kalo diberi 5 aku bagi 2 sahaja bagi cerita ini...
agak membohsan kan...
memboringkan...
agak tidak menakutkan...
agak....semua agak-agak la...

rasa macam membazir je duit aku tengok cerita ini la...
tapi kalo korang nak tengok g la tengok
tapi jgn menyesal pulak yea...

selalunya ahmad idham buat cerita hantu agak besh laaa
tapi cerita ini ntah la...membohsankan
dah dpt teka jln cerita dia....

sisnosis :Horror movie-Malay - the story about a couple - Ku Khalira and Wadi who have been married for 14 years and are blessed with a beautiful daughter - Nuraiza . They are a liberal, modern family and Nuraiza is a bright student at school. The parents place more importance to worldly matters, so she isn't brought up with much religious emphasis, despite also being raised by her mysterious aunt, Umi Siah (Azizah Mahzan). One day, Nuraiza leaves home to further her studies and soon finds herself powerless to protect against dark powers due to her lack of religious knowledge. 

tapi kredit cerita ini dia punya moral the story...
memang besh la...
kepada isteri-isteri jangan terlalu taksud 
dan kena la pandai pilih kawan...
jangan sekali kita meminta tolong selain Nya...
keran Dia la maha kuasa dan maha agong...

akhirnya makan diri sendiri....
minta maaf yea ahmad idham..
cerita ini agak membohsankan...
buat saya hilang mood nak tengok cerita melayu...=)

p/s: kepada perempuan/isteri/makwe2 jgn la disebabkn kita takut kehilangan orang tersayang kita sanggup membelakangkan agama dan takut kita kepada Allah.. kita hendak la sedar bahawasanya orang kita sayang akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti... sama-sama kita berdoa yea...