Selasa, 10 Mei 2011

Satu Mata Lagi............

sumber dari berita harian

Giggs hambur pujian ke atas Javier jaring 20 gol dalam musim pertama bersama Red Devils

LONDON: Alex Ferguson menjulang Manchester United selaku 'barisan terbaik di England' selepas menyaksikan pasukannya itu sudah hampir pasti memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan merakamkan rekod kejayaan kali-19.
“Ia satu perasaan menakjubkan sekali untuk menjadi kelab paling berjaya di negara ini,” katanya dengan wajah ceria selepas Red Devils menewaskan pencabar terdekat, Chelsea 2-1 di Old Trafford, kelmarin.
Fergie kini ghairah mahu memburu gelaran peribadi ke-12 sejak mengambil alih tugasan selaku pengurus pasukan pada 1986.

Satu lagi koleksi trofi tambahan bakal menjadi miliknya andai menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menentang gergasi Sepanyol, Barcelona pada 28 Mei ini.

United kini hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan mahkota kejuaraan - sekali gus memintas Liverpool selaku pemenang paling prolifik sepanjang zaman.

Kelmarin, jaringan seawal minit pertama daripada Javier Hernandez dan tandukan Nemanja Vidic membantu pasukan menjarakkan diri kepada enam mata daripada Chelsea dengan baki dua perlawanan. - Agensi
Lagi berita Liga Perdana Inggeris, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran, hari ini

Tiada ulasan: