Khamis, 5 Mei 2011

Man United iringi Barcelona ke final


Manchester United mengiringi Barcelona ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Schalke 04' pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

United mara ke final di Stadium Wembley pada 28 Mei ini dengan kemenangan agregat 6-1.
Gol pembukaan United hasil jaringan Antonio Valencia pada minit ke-26 diikuti Darren Gibson lima minit kemudian.
Gol Shalke pula dijaringkan oleh Jose Manuel Jurado pada minit ke-35.

Masuk separuh kedua, United menggandakan asakan dan memperoleh gol menerusi pemain Brazil, Anderson pada minit ke- 72 dan 76.

Menang besar Manchester United... Hopefully Man United teruskan kejayaan dan kemenagan... Menang...menang..menang dan terus menang....Glory Man United...Glory...Glory..... teruskan usaha anda dan kekal kan prestasi yang baek untuk terus menjadi juaran Liga2 Eropah dan EPL... Anda boleh melakukan dan mencatat sejarah baru di 2011.











Tiada ulasan: