Rabu, 9 Mac 2011

Kelakar GiLEr...SEDIH....


Pada suatu petang, dalam keadaan kepala agak semak, susah hati, gelisah dan macam-macam la..Tuhan saja yang tahu apa di rasakan pada saat dan ketika itu di mana hati sangat risau memikirkan keadaan mak yang still berada di dalam hospital dan dapat tahu keadaan housmate jugak tidak sihat. 

Dalam keadaan petang nak menunggu magrib, duduk la sesorang melayan perasaan yang tak tentu hala ini, biasala kan dah duduk seorang, tiada sesiapa di sisi. "dalam hati tuhan sahaja yang tahu susah betul hati ini"
macam-macam la duduk berpikir, sepatutnya sekarang ini berada di hospital menjaga mak tp...............kecian anak buah terpaksa poteng sekolah untuk menjaga nenek nya dah la tahun ini nak ambil UPSR tapi apa kan daya keadaan TERPAKSA la.

Actually bukan ini nak disampaikan dan nak jadi kan cerita, tiba-tiba syusye dapat msg dan mms. Hati mula rasa tak sedap, jantung mula berdengut dengan pastas dum dam dum dam, darah mula mengalir dengan deras, rasa mengigil satu badan bila dapat tahu SAYA BERADA DI HOSPITAL...... rasa macam nak pitam la. tangan mula mendail nombor tersebut, hati tak senang bila tengok MMS yang di hantar.. Ya Allah teruk ke keadaan nya. Minta-minta tak ada papa hati mula la berkata-kata,byk betul dugaan ku Ya Allah. tangan syusye tak berhenti mendail nombor tersebut tapi yang jawab adalah Voice Mail, tak putus asa syusye telefon,telefon lagi dan telefon lagi, keadaan syusye tak tentu arah... SMS tanya kat mane, macam mana boleh jadi, mula msg merepek2...

Keadaan petang syusye menjadi kelam kabut, tak tahu nak buat apa. sedih,takut,cemas,gemuruh,cuak semua perasaan itu di adun kan sebati menjadi teman syusye pada petang itu. selang berapa minit, syusye dapat msg...TAK ADA PAPE....ALAAAAAA GURAU JE...... APA GURAU????????????????? hanya Allah sahaja yang tahu apa syusye rasa masa itu, syusye tak marah tapi SANGAT SEDIH..... sedih sgt dalam keadaan syusye macam ini boleh buat joke macam itu, tiba terasa cecair yang sangat panas mula mengalir tak tahu apa syusye rasa. rasa BODOH sangat. rasa DIPERMAINKAN... rasa macam TUNGGUL, rasa BEBAL sgt sebab membazir pesaaan semua itu semata-mata dengan gurauan yang dibuat-buat. 

Best kan dapat mempermainkan perasaan orang kan? mesti seronok kan? wow mesti terpikir pergh menjadi betul la joke aku ini sampai buat macam real2 terjadi kan? xpe la syusye tak kisah kalau kamu rasa terhibur dengan JOKE yang dibuat semua itu. Terima kasih syusye ucapkan...banyak-banyak terima kasih. 

rasa sedey sangat..tak tahu la maybe syusye teremo kot, tapi itu la syusye rasa SEDIH sesangat. entah la kenkandang memang kita pikir benda apa kita buat adalah satu JOKE tapi dalam masa yang sama JOKE itu boleh memudaratkan kepada sesorang. Pikir la sebelum nak buat sesuatu. 

Benda melibatkan Nyawa jangan la di buat main-main. Tolang la wei...banyak benda lain kita boleh jadi kan gurauan..masing-masing ada Otak pikirlah sendiri. cuba kalau anda fikir, mana la tahu masa dapat berita tersebut orang itu tengah drive? macam mana? kalo orang itu ada darah tinggi, sakit jantung? tiba-tiba je pitam? tak semua orang kuat semangat dapat berita macam itu..

Ok la terpanjang pulak syusye mengarang cerita ini... tapi itu lah terjadi semalam. Moral the story ada benda boleh jadi bahan lawak tapi jangan buat lawak melibatkan nyawa sesorang ok. itu je nak pesan...






2 ulasan:

iera berkata...

knp ni syue?sabar k..kadang2 orang tak faham perasaan kite..sed=nang je hati dan perasaan kite dipermainkan..

itu la duniaaa..

syusye berkata...

iera:sura ok je...best x bercuti?