Selasa, 1 Februari 2011

Torres pindah ke Stamford Bridge?


LIVERPOOL: Penyerang Liverpool Fernando Torres (gambar) yang dilaporkan meninggalkan padang latihan kelab itu dengan menaiki helikopter, menimbulkan tanda tanya spekulasi bahawa pemain itu semakin hampir untuk meninggalkan kelab itu dan menyertai seteru Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Akhbar British melaporkan Chelsea sedia membayar 50 juta pound (AS$79.5 juta) untuk khidmat pemain Sepanyol itu tetapi Liverpool sebelum ini menafikan terdapat urusan bagi perpindahan itu.
Semalam adalah hari terakhir jendela perpindahan.
Torres, yang terikat dengan kontrak sehingga 2013, adalah seorang daripada pemain yang begitu dicari-cari dalam dunia bola sepak meskipun sumbangannya untuk juara Piala Dunia Sepanyol tahun lalu agak mengecewakan. Dia menjaringkan gol kemenangan Sepanyol menewaskan Jerman pada kejohanan Eropah 2008 dan sudah meledak 81 gol dalam 142 perlawanan untuk Liverpool. - sumber dari berita harian

Habis la Liverpool selepas ketiadaan Torres mesti merana lagi kan? kecian...kecian...
he he he...dah r berada tangga ke bawah jual pulak ayam tambatan...dasyat...dasyat...
pape2 pow ManU perlukan maintain untuk menjuarai EPL musim ini tanpa mebeli permain yang mahal malah dengan permain Muda dan lama menjadi mantap dan akan menjuarai piala EPL dan mencatat rekod baru bg Liverpool...

2 ulasan:

Kancilbiru berkata...

oo peminat bola ni eh..

syusye berkata...

minat...
al maklum la adik beradik smua laki..he he he..
tp minat ManU